Bukan mudah rupanya untuk menjadi pendengar yang baik, terlalu banyak saya belajar, untuk turunkan ego kita dan sekurang-kurangnya memahami insan lain yang dalam diversiti latar belakang yang berbeza untuk duduk dan mendengar dengan baik(emphatic listening).
Bukan mudah juga untuk memberi kefahaman kepada stigma masyarakat kita yang sudah terbiasa memendam rasa dan merasai mereka masih dalam kondisi yang mereka sangka sudah cukup baik walhal tidak, untuk meneruskan kehidupan. Tak semua merasai keluarga mereka adalah insan terbaik untuk memberi luahan rasa. Tak semua orang Tuhan kurnia famili yang baik. Ujian setiap kita adalah berbeza.
Alhamdulillah, bagi yang ada kefahaman agama yang baik,tidak kira agama apa sekalipun, anda sepatutnya bersyukur kerana memahami dan merasai keberadaan Tuhan untuk mendengar dikala susah dan senang. Bagaimana pula yang kurang kefahaman mereka tentang kepentingan agama dalam kehidupan? Dalam Psikologi telah terbukti, seseorang yang memahami agamanya dengan baik, dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian dengan baik dari sudut fizikal, mental, spiritualiti dsbginya.
Memperlihatkan keperluan itu, kami percaya dengan adanya program ini, mampu membantu anda di luar sana untuk lebih difahami dengan hanya luangkan sedikit masa untuk berkongsi apa jua yang anda ingin kami dengari, semudah dengan hanya permulaan pertanyaan "apa yang anda lakukan pada hari ini?" dan seterusnya...
Semoga langkah kecil ini, Dia redhai. ❤
Spread the Kheyr(kebaikan) !
0 comments:
Post a Comment