Saturday, February 3, 2018

We’re listening, so come and chat with us

Thank you Malaysia Outlook

 |Jan 25, 2018
 Everyone needs a shoulder to cry on, or at least someone to listen to your concerns now and then.
In a bid to help people to cope with their problems before their  worries spiral into mental disorders, a group of Psychology Department students from Segi Kolej, Subang Jaya is providing the public voluntary services such as sharing and listening dubbed Sidewalk Talk.
This is the first of its kind project in Malaysia.The community project is organised by the Faculty of Psychology Education which is led by Mengzhen Lim. It provides opportunities for the public to express their concerns to volunteer trainee students.
Based on Lim’s observations, most individuals prefer to express their concerns rather than to seek advice.

Sidewalk Talk: Jangan pendam perasaan, luahkan

Thank you Malaysia Outlook. Source : http://www.malaysiaoutlook.com/2018/01/24/sidewalk-talk-jangan-pendam-perasaan-luahkan/
 |Jan 24, 2018
Adakah rakyat negara ini sedang berhadapan dengan masalah mental yang serius? Itu persoalan yang mungkin timbul apabila negara sering digemparkan dengan beberapa kejadian berkaitan masalah kesihatan mental.
Setiap kejadian yang berlaku menunjukkan bahawa mereka boleh dikatakan mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan mental yang serius yang berpunca di tempat kerja, rumah serta tekanan perasaan atau stress.
Kebiasaannya, mereka yang mengalami masalah kesihatan mental ini tidak mampu untuk mengawal emosi dan berfikir secara positif serta akan bertindak secara melulu yang akhirnya mengakibatkan kemalangan sama ada kepada diri sendiri atau orang sekitar.
Bagi menyatakan sokongan dan mengatasi masalah mental yang semakin membimbangkan, sekumpulan 30 pelajar Jurusan Psikologi dari Segi Kolej, Subang Jaya menyediakan perkhidmatan mendengar iaitu Sidewalk Talk: you Talk, We Listen yang pertama di negara ini kepada orang ramai.
Projek komuniti yang dikelolakan pensyarah Fakulti Pendidikan Psikologi, Mengzhen Lim ini memberi peluang kepada orang ramai untuk meluahkan masalah kepada pelajar terlatih yang menyertainya secara sukarela.
Mengzhen berkata, kira-kira 80 orang telah menyertai sesi mendengar yang diadakan sejak lima bulan lalu.
“Ini adalah sistem sokongan kepada mereka yang ada masalah dan boleh duduk meluahkan masalah mereka dalam tempoh lima hingga 10 minit.
“Khidmat ini adalah percuma dan semua perbualan dirahsiakan,” katanya ketika ditemui di Subang Jaya, baru-baru ini.
Menurutnya, semua permasalahan yang diluahkan orang ramai ini akan direkodkan bagi membuat satu kajian mengenai kesihatan mental rakyat negara ini supaya dapat diperbaiki cara untuk mengatasinya pada masa depan.
Berdasarkan pemerhatian Mengzhen, kebanyakan individu lebih gemar untuk meluahkan masalah mereka daripada mendapatkan nasihat.
“Budaya kita ini, kalau orang beritahu masalah nanti akan bagi nasihat tetapi kita di sini hanya mendengar sahaja untuk mengenali dan tahu masalah mereka,” katanya.
Jelasnya lagi, pelajar yang terlibat juga diberikan pendedahan awal sebelum menjadi pendengar dan mempraktiskan empati kepada orang ramai supaya tidak memberi kesan kepada emosi mereka.
Pensyarah yang berusia 28 tahun itu berkata, kebanyakan individu yang menyertai projek mereka adalah berusia 18 hingga 25 tahun dan mengalami masalah seperti rumah tangga dan tekanan dalam pelajaran.
Mengzhen berkata, jika ada individu yang mengalami masalah yang memerlukan bantuan selanjutnya, pihaknya juga ada bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Subang Jaya, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia dan Befrienders Kuala Lumpur.
“Orang ramai tidak mengira usia dijemput untuk hadir untuk duduk berbual dengan kita dan ini adalah satu budaya sihat yang kita mahu ciptakan untuk komuniti,” katanya.
Sidewalk talk yang diadakan pada setiap hari Ahad bermula jam 5.30 hingga 7.30 malam di beberapa kawasan di Subang Jaya.
Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengikuti sesi tersebut boleh layari PsychologyMalaysia.blogspot.my.
Menyimpan masalah, membiarkan topik yang tidak difahami berlalu begitu sahaja adalah antara tanggungan yang menjadikan masalah tertunggak dan semakin menghimpit jiwa anda.
Apabila ini berlaku, potensi diri akan tersembunyi, dan alangkah ruginya apabila masalah yang sedikit akan menjejaskan masa depan anda.

“Listening is not understanding the words of the question asked, listening is understanding why the question was asked in the first place.”


~ Simon Sinek

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP